Sejarah Penubuhan

Warisan Jengka Education Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat menjalankan program-program akademik, kemahiran dan pembangunan serta pembentukan sahsiah diri, sejajar dengan pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang ke atas Daerah Maran sebagai Bandar Ilmu.

Warisan Jengka Education Sdn Bhd ditubuhkan pada 1998 dan mula beroperasi pada 19 Julai 1999, sebuah IPTS yang berfungsi sebagai pusat akademik, latihan kemahiran dan pengurusan di Bandar Jengka, Pahang selaras dengan usaha Kerajaan meningkatkan kuantiti serta kualiti IPTS di kawasan luar bandar.

Berdasarkan keperluan dan kepentingan pendidikan di peringkat lebih tinggi, Kolej Sentral menawarkan program akademik dan program vokasional di peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (pengiktirafan JPK); Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Menjadi sebuah IPTS unggul yang mengendalikan program profesional dengan menyepadukan sains, teknologi industri, pengurusan dan kemanusiaan

Membangunkan generasi Malaysia supaya menjadi profesional, berilmu, berinovasi, berdaya saing, bertaqwa dan mampu menerajui pembangunan. Berusaha menjadi kolej sentral sebagai pusat pendidikan serantau bagi koridor pantai timur.

 

  • Tabika Kemas Rantau Perintis adalah program kerajaan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. 
  • Ia seperti tadika biasa tetapi menerima subsidi kerajaan, dengan konsep 'Belajar Melalui Bermain'.
  • Mereka juga ada pelbagai jenis aktiviti kokurikulum, seperti kelas Fardhu Ain/Iqra', Bahasa Inggeris dan kunjungan pendidikan.
  • Yuran bulan amat murah, hanya sekitar RM20. 
    Hubungi Tabika Kemas Rantau Perintis sekarang untuk menempah tempat untuk anak anda. 

    NO Tel : +60179777186
    Tabika Kemas Rantau Perintis, Jalan Nikmat, Bandar Tun Abdul Razak, Bandar Tun Abdul Razak, 26400, Pahang