HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM

Gunung Senyum terletak di Felda Jengka 25, kawasan hutan simpan yang memiliki beberapa gua seperti Gua Jebak Puyuh dan Gua Terang Bulan. Kawasan gunung ini kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna yang dijaga bagi memelihara keindahahan alam semula jadinya. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtit dan stalagmit.  Gua-gua di sini di bawah jagaan Perhilitan. Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya, sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum. Melihatkan reaksi pembesar-pembesar baginda, maka baginda pun menamakan gunung tersebut sebagai Gunung Senyum.

 

TAMAN NEGARA, PAHANG

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimautenuk,pelanduk, dan seladang.Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisaikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.

JENGKA SPORTS CENTRE 
JENGKA SPORTS CENTER, berusaha untuk membangun dan melaksanakan program dan aktiviti sukan selaras dengan 
Dasar Sukan Kebangsaan dan diiktiraf dengan namanya sendiri, merupakan nama gabungan pusat sukan dan tempat di
mana ia dilahirkan, Bandar Tun Abdul Razak Jengka . Sebagai mercu tanda baru di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, ia
terletak di kawasan strategik di tengah-tengah banday, yang dikelilingi oleh beberapa kampung, 2 institusi pengajian tinggi
seperti Universiti Teknologi Mara dan Kolej Matrikulasi, banyak kilang di kawasan perindustrian dan belum lagi kawasan
perumahan berdekatan. - Dengan kawasan seluas 28,000 kaki persegi, ia menempatkan 4 gelanggang futsal untuk memenuhi keperluan peminat
futsal di kawasan itu. - Semua Hari Makanan Untuk Dijual - Kafeteria dengan pelbagai jenis makanan dan minuman - Minuman Isotonik dan Non Isotonik disajikan pada harga yang sangat berpatutan - Mengubah Bilik / Pancuran & Tandas untuk Lelaki & Perempuan - Surau Untuk Lelaki & Perempuan - Tempat letak kereta yang cukup

 

TAMAN AWAM JENGKA

 

Taman Awam Jengka terletak di persimpangan Mydin. Taman ini mula dibuka pada tahun 2022.

Pengunjung boleh melakukan aktiviti rekreasi dan beriadah bersama keluarga.

Pihak berwajib sentiasa memantau serta menaiktaraf perkhidmatan bagi keselesaan pengunjung.