Tidak dapat dinafikan bahawa Bandar Jengka  yang terkenal sebagai Bandar peneroka sebelum  ini  hanya  mempunyai sederet kedai kayu enam pintu di Jalan Matau dan dikenali sebagai Jengka Tigasegi telah berubah wajah apabila wujudnya  ratusan  unit premis perniagaan, pejabat kerajaan dan swasta serta bank beroperasi serta setanding dengan bandar-bandar berhampirannya iaitu Temerloh,Bera, Jerantut dan Maran.

Bandar ini turut diisytiharkan sebagai Bandar Tun Razak  oleh  Perdana  Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sempena  Hari Peneroka  2011 serta  kerajaan  pusat telah  meluluskan peruntukan sebanyak RM 300 juta  bagi menaik taraf dan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur sosial, ekonomi dan kemasyarakatan termasuk pembinaan kompleks sukan, stadium mini, pusat beli belah mini, pusat perniagaan, tempat letak kereta dan pelbagai kemudahan lain untuk masyarakat FELDA di sini.

Pelbagai  program pembangunan dalam sektor industri sama ada berskala kecil dan besar serta  industri berat  disini bakal tertumpu disini  termasuklah  projek  seperti  kompleks terminal pengangkutan bersepadu Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk menaik taraf Terminal Nadi Kota dan  keseluruhan projek pembangunan  dibandar ini bakal  dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun.

Bandar Jengka  bakal dinaik taraf  berikutan kerajaan berhasrat dan melihat bandar  tersebut berpotensi untuk  dibangunkan  dan  dikembangkan sebagai daerah baru yang ke-12 di negeri  Pahang  serta  lokasinya yang strategik kerana ia terdapat dua buah bandar kecil berhampirannya iaitu pekan Sungai Jerik dan Pekan Kuala Krau.

Bandar Felda ini terletak di bawah pentadbiran Daerah Maran tetapi berada di bawah Parlimen Kuala Krau. Bandar ini ditubuhkan  hasil daripada inspirasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak ketika itu yang mahu sebuah bandar di Malaysia dimonopoli oleh orang Melayu.

Dalam tempoh 3 dekad iaitu 1967 sehingga 1997, bandar Jengka telah di tadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka(LKWJ)  namun selepas pembubaran badan ini, bandar Jengka  ditadbir pula oleh Majlis Daerah Maran. Hal ini kerana bandar Jengka tidak memiliki Majlis Daerah yang sendiri. Bandar Jengka ditubuhkan ekoran penubuhan tanah-tanah rancangan yang terdapat dibandar ini. Penubuhan tanah  rancangan yang banyak  iaitu sebanyak 37 di wilayah Jengka  menyebabkan perlunya sebuah bandar yang wujud agar dapat menjadi pusat disana. Oleh itu, hasil cadangan Tun Abdul Razak, maka munculnya  bandar Jengka. Pada tahun 2008, Bandar Jengka telah ditukar nama menjadi sebagai Bandar Tun Razak Jengka.

Wilayah Jengka di buka oleh FELDA pada awal tahun 1971.Wilayah Jengka merupakan tanah rancangan yang paling besar di Malaysia yang telah dibuka oleh FELDA.Wilayah Jengka terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Wilayah Jengka ini sering di panggil sebagai segitiga Jengka kerana wilayah ini meliputi 3 buah daerah di Pahang iaitu daerah Temerloh, Maran dan Jerantut. Nama wilayah ini iaitu Jengka adalah berbeza daripada nama wilayah yang lain kerana nama Jengka adalah berasal daripada sebatang sungai Jengka yang terdapat di kawasan Jengka. Keadaan ini berbeza dengan wilayah lain kerana nama wilayah tersebut diambil daripada akronim contonnya KETENGAH.

Penduduk Jengka terdiri daripada pelbagai orang Melayu yang datang daripada pelbagai negeri di semenanjung Malaysia seperti negeri Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya.  Pembangunan Jengka Triangle atau Bandar Tun Razak Jengka  melibatkan keluasan 64,117.05 hektar tanah pusaka Negeri Pahang. Kawasan yang luas ini sebenarnya membabitkan pengambilan tanah di 3 buah daerah berhampiran dengan Jengka iaitu Maran (116,146 hektar), Temerloh (32,448 hektar) dan Jerantut (48,134 hektar). Daripada 37 buah tanah rancangan di Jengka; 26 daripadanya terletak dalam daerah Maran, 9 rancangan di Jerantut sementara 2 lagi di Temerloh

Menurut Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata bahawa daripada jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM 300 juta bagi membangunkan kawasan Jengka, sebanyak RM71 juta  daripada peruntukan tersebut dibelanjakan bagi projek menaik taraf bekalan air di kawasan tanah rancangan Felda  untuk memastikan lebih 40,000  keluarga peneroka mendapat bekalan air bersih yang mencukupi manakala sebanyak RM60 juta lagi diperuntukkan bagi menaik taraf dan melebarkan jalan sejauh 60 kilometer dari Bandar Tun Abdul Razak, Jengka ke Kampung Awah manakala RM14 juta bagi membina perhentian bas baru di Bandar Tun Abdul Razak dan RM20 juta kos membina stadium mini. Peruntukan selebihnya pula digunakan bagi melaksanakan projek prasarana membabitkan pembinaan dewan, gelanggang sukan, masjid, surau dan lain-lain. Ismail turut memberitahu bahawa kira-kira 90 peratus projek pembangunan sudahpun dilaksanakan kerajaan di pusat bandar Jengka.

Aktiviti pembangunan  berperingat  dan terancang  yang giat dijalankan  di Bandar Jengka  bakal  memberi  impak yang besar terhadap sosio ekonomi penduduk di kawasan sekitar  terutama dari segi  peluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan  dengan  kewujudan pusat atau kompleks  pentadbiran dan pusat beli belah  serta  melalui  sektor perindustrian, perladangan. Pelancongan.

Selain itu, usaha pembangunan yang dijalankan turut memberi kesan kepada sektor pendidikan disini apabila berlakunya naik taraf institusi pengajian tinggi daripada penambahan kampus pengajian dan kursus yang ditawarkan seperti  Universiti  Teknologi Mara  yang bakal memberi  kesempatan kepada generasi muda  disekitar untuk melanjutkan pengajian mereka  dan  menarik lebih ramai  orang bumiputera  untuk menyambung pengajian mereka disini  dan menggalakkan kehadiran tenaga pengajar untuk berkhidmat  di sini. Ini bakal mengkormesialkan  Universiti Teknologi Mara sebagai  sebuah universiti  yang  terulung di sini dan menjadi mercu tanda  yang bakal melonjakkan  status bandar ini  sebagai bandar pendidikan  berbanding  institusi pengajian tinggi swasta .

Di samping , impak pembangunan turut dirasai oleh penduduk setempat dari segi urbanisasi . Ini dapat dilihat menerusi  projek perumahan  dan  jalan raya  serta lebuh raya ,sistem  perparitan dan paip bagi penyaluran air  secara sistematik  dinaiktaraf  di sini .Urbanisasi yang rancak di bandar ini turut membawa kepada kewujudan  bangunan perhotelan, pusat  rawatan  atau hospital swasta dan juga dari pembinaaan  infrastruktur  terminal  pengangkutan  awam yang baik  bukan sahaja untuk  keselesaan  orang awam  disini bahkan juga  untuk pengunjung dari luar sama ada pelancong luar dan dalam negeri.

Pembangunan strategik yang  dijalankan di Jengka ini  akan  mewujudkan peluang perniagaan terhadap  golongan yang  berkecimpung  dan  bergiat aktif dalam perniagaan sama ada secara kecil-kecilan seperti Industri Kecil dan Sederhana yang  bertanggungjawab memasarkan produk dari perusahaan  kampung dan desa  dari segi barangan kraftangan seperti  pakaian dan aksesori  wanita  seperti koleksi mutiara ,barangan anyaman , produk makanan  seperti  kuih-muih  dan buah-buahan, hasil tenusu. Pembangunan di Jengka seperti kawasan kompleks perniagaan  dan arked perniagaan  turut menyediakan peluang perniagaan  kepada golongan graduan dan lepasan  universiti untuk menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan mahupun mahu bergelar usahawan perniagaan tani .

Impak positif pembangunan di Jengka bakal menyumbang kepada peningkatan sektor IKS dari segi peningkatan jenama produk  industri kecil dan sederhana yang akan dikomersialkan dan di pasarkan secara meluas di pusat beli belah disekitar Jengka. Pengusaha dalam sektor industri kecil dan sederhana juga berpotensi untuk membuka kiosk khusus untuk tujuan pemasaran produk mereka disekitar kawasan bandar ini. Hal ini dapat menjana pendapatan penduduk di luar bandar khususnya golongan suri rumah,ibu tunggal.

Pembangunan di Jengka berupaya menjadi sebahagian daripada nadi  penggerak dalam  agenda transformasi ekonomi negara melalui perancangan dan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur atau prasarana yang bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi disini. Sungguhpun kemajuan dan pemodenan bakal dikecapi di bandar ini , khazanah atau seni warisan serta keunikan identiti tersendiri yang terletak pada bandar ini perlu dipelihara dan dipertahankan .

Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996

UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.

Dewan Latehan RIDA 1956 - 1965

ground breaking

Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).

Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Maktab MARA 1965 - 1967

Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut Y.A.B. Tun Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA.

MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila British Institute of Management memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh atau “External Exam”, kolej MARA mula menjalankan program Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Program tersebut telah mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Ealing Technical College of London yang turut menjadi pemeriksa luar.

Institut Teknologi MARA 1967 - 1999

Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerja terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.

Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya. Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976 yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil tempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telah dibuat :

  1. Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta;
  2. Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut;
  3. Senat telah ditubuhkan;
  4. Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepada Rektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukar kepada Profesor dan Profesor Madya;
  5. Setiap jabatan diberi nama Fakulti;
  6. ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;
  7. ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar negara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;
  8. ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat dalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan komersial.
  9. Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada Lembaga Pengarah.
  10. Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;
  11. Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin diperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri. Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalah di Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan memulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi dan pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetap kecuali kampus Kuala Pilah.
  12. Universiti Teknologi MARA 26 OGOS 1999

    Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Antaranya ialah menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta terkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal menjelajah 7 benua.

    Universiti Teknologi MARA Akta 173

    Akta 173 telah digubal sempena penubuhan UiTM. Akta ini dianggap penting kerana ia menyediakan garis panduan untuk penyelenggaraan dan kelancaran pentadbiran serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Akta ini juga bertindak sebagai perakuan peralihan institusi dari sebuah institut kepada sebuah universiti, beserta kuasa yang diberi untuk membolehkan ia berfungsi seperti universiti-universiti lain, termasuklah penawaran kursus-kursus pengajian dan penganugerahan ijazah pada semua peringkat.

Sejarah JENGKA

Jengka dibuka secara rasmi pada tahun 1967. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Jengka. Sungai ini pula mendapat nama daripada satu kisah seorang wanita bernama Yang Jangka yang mati lemas di sungai ini. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, Pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.

Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan melalui lokasi Jengka yang terletak antara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut. Pada tahun 2012 Bandar Jengka telah diberi gelaran Bandar Tun Abdul Razak (TAR) Jengka dan sehingga kini Bandar Tun Abdul Razak Jengka telah berkembang maju sehingga kini.

Lebih banyak kemudahan yang terdapat  di kawasan Bandar TAR Jengka yang telah di naik taraf sehingga kini seperti Stesen Bas Jengka Sentral, Stadium Felda, dan banyak lagi.

Bandar Jengka atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka merupakan sebuah bandar utama di Pahang, Malaysia. Bandar Pusat Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.

SEJARAH ASAL JENGKA Jengka dibuka secara rasmi pada tahun 1967. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Jengka. Sungai ini pula mendapat nama daripada satu kisah seorang wanita bernama Yang Jangka yang mati lemas di sungai ini.

Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, Pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini. Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan melalui lokasi Jengka yang terletak antara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut. Pada tahun 2012 Bandar Jengka telah diberi gelaran Bandar Tun Abdul Razak Jengka dan sehingga kini Bandar Tun Abdul Razak Jengka telah berkembang maju.