Tidak dapat dinafikan bahawa Bandar Jengka  yang terkenal sebagai Bandar peneroka sebelum  ini  hanya  mempunyai sederet kedai kayu enam pintu di Jalan Matau dan dikenali sebagai Jengka Tigasegi telah berubah wajah apabila wujudnya  ratusan  unit premis perniagaan, pejabat kerajaan dan swasta serta bank beroperasi serta setanding dengan bandar-bandar berhampirannya iaitu Temerloh,Bera, Jerantut dan Maran.

Bandar ini turut diisytiharkan sebagai Bandar Tun Razak  oleh  Perdana  Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sempena  Hari Peneroka  2011 serta  kerajaan  pusat telah  meluluskan peruntukan sebanyak RM 300 juta  bagi menaik taraf dan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur sosial, ekonomi dan kemasyarakatan termasuk pembinaan kompleks sukan, stadium mini, pusat beli belah mini, pusat perniagaan, tempat letak kereta dan pelbagai kemudahan lain untuk masyarakat FELDA di sini.

Pelbagai  program pembangunan dalam sektor industri sama ada berskala kecil dan besar serta  industri berat  disini bakal tertumpu disini  termasuklah  projek  seperti  kompleks terminal pengangkutan bersepadu Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk menaik taraf Terminal Nadi Kota dan  keseluruhan projek pembangunan  dibandar ini bakal  dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun.

Bandar Jengka  bakal dinaik taraf  berikutan kerajaan berhasrat dan melihat bandar  tersebut berpotensi untuk  dibangunkan  dan  dikembangkan sebagai daerah baru yang ke-12 di negeri  Pahang  serta  lokasinya yang strategik kerana ia terdapat dua buah bandar kecil berhampirannya iaitu pekan Sungai Jerik dan Pekan Kuala Krau.

Bandar Felda ini terletak di bawah pentadbiran Daerah Maran tetapi berada di bawah Parlimen Kuala Krau. Bandar ini ditubuhkan  hasil daripada inspirasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak ketika itu yang mahu sebuah bandar di Malaysia dimonopoli oleh orang Melayu.

Dalam tempoh 3 dekad iaitu 1967 sehingga 1997, bandar Jengka telah di tadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka(LKWJ)  namun selepas pembubaran badan ini, bandar Jengka  ditadbir pula oleh Majlis Daerah Maran. Hal ini kerana bandar Jengka tidak memiliki Majlis Daerah yang sendiri. Bandar Jengka ditubuhkan ekoran penubuhan tanah-tanah rancangan yang terdapat dibandar ini. Penubuhan tanah  rancangan yang banyak  iaitu sebanyak 37 di wilayah Jengka  menyebabkan perlunya sebuah bandar yang wujud agar dapat menjadi pusat disana. Oleh itu, hasil cadangan Tun Abdul Razak, maka munculnya  bandar Jengka. Pada tahun 2008, Bandar Jengka telah ditukar nama menjadi sebagai Bandar Tun Razak Jengka.

Wilayah Jengka di buka oleh FELDA pada awal tahun 1971.Wilayah Jengka merupakan tanah rancangan yang paling besar di Malaysia yang telah dibuka oleh FELDA.Wilayah Jengka terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Wilayah Jengka ini sering di panggil sebagai segitiga Jengka kerana wilayah ini meliputi 3 buah daerah di Pahang iaitu daerah Temerloh, Maran dan Jerantut. Nama wilayah ini iaitu Jengka adalah berbeza daripada nama wilayah yang lain kerana nama Jengka adalah berasal daripada sebatang sungai Jengka yang terdapat di kawasan Jengka. Keadaan ini berbeza dengan wilayah lain kerana nama wilayah tersebut diambil daripada akronim contonnya KETENGAH.

Penduduk Jengka terdiri daripada pelbagai orang Melayu yang datang daripada pelbagai negeri di semenanjung Malaysia seperti negeri Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya.  Pembangunan Jengka Triangle atau Bandar Tun Razak Jengka  melibatkan keluasan 64,117.05 hektar tanah pusaka Negeri Pahang. Kawasan yang luas ini sebenarnya membabitkan pengambilan tanah di 3 buah daerah berhampiran dengan Jengka iaitu Maran (116,146 hektar), Temerloh (32,448 hektar) dan Jerantut (48,134 hektar). Daripada 37 buah tanah rancangan di Jengka; 26 daripadanya terletak dalam daerah Maran, 9 rancangan di Jerantut sementara 2 lagi di Temerloh

Menurut Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata bahawa daripada jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM 300 juta bagi membangunkan kawasan Jengka, sebanyak RM71 juta  daripada peruntukan tersebut dibelanjakan bagi projek menaik taraf bekalan air di kawasan tanah rancangan Felda  untuk memastikan lebih 40,000  keluarga peneroka mendapat bekalan air bersih yang mencukupi manakala sebanyak RM60 juta lagi diperuntukkan bagi menaik taraf dan melebarkan jalan sejauh 60 kilometer dari Bandar Tun Abdul Razak, Jengka ke Kampung Awah manakala RM14 juta bagi membina perhentian bas baru di Bandar Tun Abdul Razak dan RM20 juta kos membina stadium mini. Peruntukan selebihnya pula digunakan bagi melaksanakan projek prasarana membabitkan pembinaan dewan, gelanggang sukan, masjid, surau dan lain-lain. Ismail turut memberitahu bahawa kira-kira 90 peratus projek pembangunan sudahpun dilaksanakan kerajaan di pusat bandar Jengka.

Aktiviti pembangunan  berperingat  dan terancang  yang giat dijalankan  di Bandar Jengka  bakal  memberi  impak yang besar terhadap sosio ekonomi penduduk di kawasan sekitar  terutama dari segi  peluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan  dengan  kewujudan pusat atau kompleks  pentadbiran dan pusat beli belah  serta  melalui  sektor perindustrian, perladangan. Pelancongan.

Selain itu, usaha pembangunan yang dijalankan turut memberi kesan kepada sektor pendidikan disini apabila berlakunya naik taraf institusi pengajian tinggi daripada penambahan kampus pengajian dan kursus yang ditawarkan seperti  Universiti  Teknologi Mara  yang bakal memberi  kesempatan kepada generasi muda  disekitar untuk melanjutkan pengajian mereka  dan  menarik lebih ramai  orang bumiputera  untuk menyambung pengajian mereka disini  dan menggalakkan kehadiran tenaga pengajar untuk berkhidmat  di sini. Ini bakal mengkormesialkan  Universiti Teknologi Mara sebagai  sebuah universiti  yang  terulung di sini dan menjadi mercu tanda  yang bakal melonjakkan  status bandar ini  sebagai bandar pendidikan  berbanding  institusi pengajian tinggi swasta .

Di samping , impak pembangunan turut dirasai oleh penduduk setempat dari segi urbanisasi . Ini dapat dilihat menerusi  projek perumahan  dan  jalan raya  serta lebuh raya ,sistem  perparitan dan paip bagi penyaluran air  secara sistematik  dinaiktaraf  di sini .Urbanisasi yang rancak di bandar ini turut membawa kepada kewujudan  bangunan perhotelan, pusat  rawatan  atau hospital swasta dan juga dari pembinaaan  infrastruktur  terminal  pengangkutan  awam yang baik  bukan sahaja untuk  keselesaan  orang awam  disini bahkan juga  untuk pengunjung dari luar sama ada pelancong luar dan dalam negeri.

Pembangunan strategik yang  dijalankan di Jengka ini  akan  mewujudkan peluang perniagaan terhadap  golongan yang  berkecimpung  dan  bergiat aktif dalam perniagaan sama ada secara kecil-kecilan seperti Industri Kecil dan Sederhana yang  bertanggungjawab memasarkan produk dari perusahaan  kampung dan desa  dari segi barangan kraftangan seperti  pakaian dan aksesori  wanita  seperti koleksi mutiara ,barangan anyaman , produk makanan  seperti  kuih-muih  dan buah-buahan, hasil tenusu. Pembangunan di Jengka seperti kawasan kompleks perniagaan  dan arked perniagaan  turut menyediakan peluang perniagaan  kepada golongan graduan dan lepasan  universiti untuk menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan mahupun mahu bergelar usahawan perniagaan tani .

Impak positif pembangunan di Jengka bakal menyumbang kepada peningkatan sektor IKS dari segi peningkatan jenama produk  industri kecil dan sederhana yang akan dikomersialkan dan di pasarkan secara meluas di pusat beli belah disekitar Jengka. Pengusaha dalam sektor industri kecil dan sederhana juga berpotensi untuk membuka kiosk khusus untuk tujuan pemasaran produk mereka disekitar kawasan bandar ini. Hal ini dapat menjana pendapatan penduduk di luar bandar khususnya golongan suri rumah,ibu tunggal.

Pembangunan di Jengka berupaya menjadi sebahagian daripada nadi  penggerak dalam  agenda transformasi ekonomi negara melalui perancangan dan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur atau prasarana yang bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi disini. Sungguhpun kemajuan dan pemodenan bakal dikecapi di bandar ini , khazanah atau seni warisan serta keunikan identiti tersendiri yang terletak pada bandar ini perlu dipelihara dan dipertahankan .