Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 2 atau nama ringkasnya SMK (LKTP) Jengka 2, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Cempaka Jengka 2.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 2 memiliki 547 pelajar lelaki dan 578 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1125 orang.

 

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembangunan Jengka. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 Januari 1973.

Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina .Beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.

Ketika itu jumlah pelajar yang menuntut di SMK Jengka 2 ialah seramai 87 orang dan kaki tangan akademiknya ialah seramai 4 orang.

Memandangkan keadaan sekolah yang serba kekurangan dan tiada padang permainan, maka kegiatan sukan dan permainan belum diadakan ketika itu. Pada 9 Mac 1973 barulah warga sulung SMK Jengka 2 berpindah ke bangunan sendiri. Tetapi kemudahan sukan seperti padang permainan belum ada dan terpaksa menumpang di Padang SK Jengka 2.

 

Jenis Sekolah menengah kebangsaanSekolah kerajaan
Pengetua Hajjah Saimah Binti Hassan (DG54)
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Encik Darussalam Bin Taib (DG48)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Marjohan Bin Bungkik (DG48)
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Rosmawi Bin Hasan (DG48)
Pengerusi PIBG Encik Ahmad Nasir
Kod sekolah CEA9114
Lokasi Felda Cempaka Jengka 226430, Bandar Jengka,, Pahang Darul Makmur Malaysia
Telefon 6094674325
Faks 6094674188

Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat atau nama ringkasnya SMK Jengka Pusat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di tengah-tengah Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Pada tahun 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat telah diiktiraf sebagai Sekolah Rancangan Khas Negeri Pahang sepenuhnya di mana pelajar tingkatan 1 hanya diambil dalam kalangan pelajar cemerlang UPSR sahaja.

Manakala, pada tahun 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat sekali lagi diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Moto Kemahuan Asas Kejayaan
Dirasmikan Januari 1, 1979 (age 38)
Jenis Sekolah menengah kebangsaanSekolah kerajaan
Pengetua Pn Hjh Ramlah Binti Mat Diah
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn Intan Nazirah Binti Abdul Aziz
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Hasman Bin Abd KArim
Penolong Kanan Kokurikulum En Nur Zaidi Bin Ibrahim
Penolong Kanan Pendidikan Khas En Salehuddin Bin Ismail
Pengerusi PIBG Tn Hj Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail
Kod sekolah CEA9157
Lokasi Bandar Jengka 26400, Bandar Jengka,, Pahang Darul Makmur Malaysia
Telefon 6094677581
Faks 6094677580