Sejarah Penubuhan
Warisan Jengka Education Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat menjalankan program-program akademik, kemahiran dan pembangunan serta pembentukan sahsiah diri, sejajar dengan pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang ke atas Daerah Maran sebagai Bandar Ilmu.
Warisan Jengka Education Sdn Bhd ditubuhkan pada 1998 dan mula beroperasi pada 19 Julai 1999, sebuah IPTS yang berfungsi sebagai pusat akademik, latihan kemahiran dan pengurusan di Bandar Jengka, Pahang selaras dengan usaha Kerajaan meningkatkan kuantiti serta kualiti IPTS di kawasan luar bandar.
Berdasarkan keperluan dan kepentingan pendidikan di peringkat lebih tinggi, Kolej Sentral menawarkan program akademik dan program vokasional di peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (pengiktirafan JPK); Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
Menjadi sebuah IPTS unggul yang mengendalikan program profesional dengan menyepadukan sains, teknologi industri, pengurusan dan kemanusiaan
Membangunkan generasi Malaysia supaya menjadi profesional, berilmu, berinovasi, berdaya saing, bertaqwa dan mampu menerajui pembangunan. Berusaha menjadi kolej sentral sebagai pusat pendidikan serantau bagi koridor pantai timur.
http://rantauperintis.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan/240-kolej-sentral-bandar-jengka#sigFreeId5992832783