KEMUDAHAN NADI Rantau Perintis.

1. Membayar bil eletrik, air, telefon, astro dan cukai pintu.(NADI terpilih)

2. Memperbaharui insurans dan cukai jalan.

3. Berkomunikasi dengan rakan taulan atau saudara mara.

4. Membeli prabayar telefon atau menjalankan transaksi kewangan.

5. Mendapatkan apa sahaja maklumat berkaitan aktiviti kegemaran anda.

6. Mengiklankan produk atau perkhidmatan secara online.

7. Menggunakan sistem penyampaian kerajaan contohnya membuat aduan.

 

AKTIVITI SEPANJANG PENUBUHAN NADI RANTAU PERINTIS

AKTIVITI 2009

  • Bengkel ban Latihan Pengenalan Komputer bagi Kanak-Kanak.
  • Bengkel dan Latihan Pengenalan Komputer, Internet dan Email bagi Pelajar Sekolah.
  • Gotong-royong Bersama KRT Rantau Perintis.
  • Bengkel ICT Untuk KRT Sekitar Kawasan Jengka.
  • Perasmian Pi Rantau Perintis.
  • Jamuan Hari Raya Adidilfitri
  • Tayangan Movie Sempena Musim Cuti Sekolah.


AKTIVITI 2010

  • Bengkel dan Latihan Membuat E-Mail Bagi Ahli Baru
  • Bengkel dan Latihan Membuat Akaun Facebook dan Blog.
  • Pejumpaan dan Perbincangan Bersama Pengurus dan Penolong Dari Pi Fasa 4 (Felda).

AKTIVITI 2011

  • Bengkel dan Latihan untuk lepasan SPM/STPM (e-dagang,e-kerajaan,e-pembelajaran)
  • Bengkel dan Latihan Membuat E-Mail Bagi Ahli Baru
  • Hari Terbuka Pi Rantau Perintis
  • Bengkel dan Latihan Pra Sekolah
  • Perlaksanaan ICT Cambridge Februari 2011
  • Bengkel e-kerajaan bagi guru-guru Tabika Kemas sekitar Jengka

AKTIVITI 2012

  • Bengkel dan Latihan untuk lepasan SPM/STPM (e-dagang,e-kerajaan,e-pembelajaran)
  • Bengkel dan Latihan Pra Sekolah dan Tadika
  • Latihan excel (semua golongan)
  • Hari Kembara Pusat Jalaur Lebar Rantau Perintis.
  • Bengkel dan Latihan belia,guru-guru KAFA dan Sekolah.
  • Perlaksanaan ILP(Intel Learn Program) dan ICT Cambridge - dibuka pada bulan Jun.
  • Perlaksanaan Program Kesihatan bersama dengan Kawasan Rukun Tetangga.

 AKTIVITI 2014

  • Program Kempen Pengguna Bijak dan Keusahawanan.
  • Klik dengan Bijak (KDB).
  • Matris.
  • Citizen.
  • Pendaftaran Ahli BAru.
  • Program bersama Usahawan (GMBO).
  • Program ICT bersama MBFM Wilayah Jengka. 
  • Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak).

 AKTIVITI 2015 

  • Program Klik dengan Bijak bersama PLKN. 
  • Tayangan Movie
  • Kelas / Bengkel Tadika Kemas, Tadika Perpaduan, PASTI
  • Kelas / Bengkel warga emas,dewasa, belia dan pelajar sekolah.
  • Latihan membuat resume dan power point bagi lepasan SPM / cara pengisian borang UPU
  • Bengkel / Kelas  guru-guru bagi Tadika Perpaduan.

AKTIVITI 2016

  • Kelas dan latihan bersama GIATMARA Jengka
  • Program Kluster Maran
  • Dashboard Day Rantau Perintis
  • My Shop
  • My Health
  • Program AIM perniagaan
  • Klik dengan Bijak (KDB)

 

AKTIVITI 2017

  • Kelas dan latihan bersama GIATMARA Jengka
    • Kelas dan latihan bersama TAHFIZ ALAUDDIN RANTAU PERINTIS
    • Apikasi Dashboard ( Myshop, myhealth , mykomuniti )
    • Kursus MaryKay
    • Hrmis online 
    • Aktiviti Literasi ICT

 

Pedi Beri Kemudahan Digital dan Peningkatan Sosioekonomi

 
Ekonomi digital adalah instrumen penting untuk negara menuju ke arah usaha pemulihan dan menjamin ketahanan masa depan ekonomi Malaysia. Seiring dengan itu, kerajaan telah melancarkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) pada November tahun lalu untuk menjadi pusat sehenti bagi masyarakat luar bandar dan pedalaman untuk memperkasakan aktiviti ekonomi digital masing-masing. Selaras dengan sasaran kerajaan untuk mewujudkan “1 PEDi di setiap Dewan Undangan Negeri”, sebanyak 910 PEDi sedang beroperasi di seluruh negara setakat ini. Pada penghujung 2022, sejumlah 173 PEDi baharu akan mula beroperasi sekali gus menjadikan sebanyak 1,083 PEDi di seluruh negara.

Panel Penasihat PEDi, Rakan Digital PEDi dan Usahawan Ikon menjadi instrumen penting dalam menggalakkan komuniti setempat untuk membabitkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan serta menggunapakai sepenuhnya perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi. Setiap PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar dan kemudahan infrastruktur digital, malah turut menawarkan kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. Fokus utama PEDi ialah melahirkan dan memperkasa usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing. Ini membolehkan agar semua penduduk tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi berupaya menyertai serta mengambil peluang dalam ekonomi digital.

Usaha ini membabitkan pembangunan kemahiran masyarakat setempat mengenai penggunaan Internet serta meningkatkan penglibatan e-dagang yang membuka peluang untuk peloporan lebih banyak aktiviti keusahawanan tanpa mengira peringkat umur.Tambahannya pula, kerajaan telah merancang untuk menubuhkan Mercu Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (MEDi), iaitu satu pusat sehenti yang akan merancakkan pemerkasaan usahawan digital Keluarga Malaysia dengan menawarkan pelbagai kemudahan teknologi digital.

Dalam usaha menyediakan kemudahan asas untuk memperkasakan pendigitalan dalam kalangan rakyat Malaysia, MCMC tidak lupa aspek kesedaran terhadap pendedahan kepada Internet. Ini dilakukan melalui pelbagai program kesedaran bagi menggalakkan penggunaan Internet yang positif, produktif, dan beretika dalam kalangan masyarakat Malaysia. Berlandaskan prinsip Rukun Negara, inisiatif Klik Dengan Bijak® atau KDB melatih pengguna dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Internet yang se­lamat, berwaspada, dan bertanggungjawab supaya mereka menjadi pengguna Internet yang positif dan beretika.

Mesej utama yang disampaikan adalah kawalan kendiri. Sejak dilancarkan pada tahun 2012 sehingga 2021, KDB telah mencapai lebih daripada tujuh juta jangkauan audiens melalui pelaksanaan program di lapangan dan secara dalam talian termasuk aktiviti di media sosial yang telah meraih hampir 90,000 pengikut di platform media sosial. Pelbagai usaha yang telah dirancang dengan teliti ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap rakyat Malaysia termasuk warga emas. Kerajaan akan terus membantu rakyat dan berusaha melahirkan lebih ramai masyarakat digital yang inklusif demi mendepani era digital yang pesat berkembang.

Kredit BERITA HARIAN

 

kredit : MCMC

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 65.

Dari Warga Pedi Rantau Perintis Bandar Jengka Pahang.

 

Gambar Rasmi Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Atau Kebangsaan Malaysia Tahun 2022 Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema hari Kebangsaan Malaysia. Mengambil Peluang Menghayati Makna Sebenar Kemerdekaan Selain Logo dan Tema, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Oleh itu, sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 bagi tahun 2022 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Logo dan tema hari kemerdekaan atau hari kebangsaan bagi tahun 2022 telah diperkenalkan dengan bertemakan ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’

Ⓒ Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/logo-tema-hari-kebangsaan/

 

ANDA TIDAK PERLU MENDERITA SENDIRIAN

Membuli adalah masalah serius. Tahukah anda seseorang itu boleh dibuli dalam talian?

Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan,
mengugut, atau memaki haman mangsa. Mangsa mungkin mendapati sukar untuk melarikan diri kerana pembuli siber ini gigih mengganggu
di Internet. Kesan kepada mangsa termasuk rasa rendah diri, membahayakan diri sendiri, ssukar mempercayai orang lain dan perubahan
dalam personaliti.

Cegah pembulian siber:

  • JANGAN kongsi maklumat peribadi anda dalam talian.
  • WASPADA! Nada dan niat mesej anda boleh disalahtafsir.
  • ELAK hantar atau panjangkan mesej yang jelik, mengancam atau yang menggunakan bahasa kesat.
  • ABAI dan jangan jawab mesej dari si pembuli.
  • PADAM atau NYAHAKTIF akaun di mana anda dibuli atau tinggalkan media sosial jika anda diancam atau diugut.


Langkah-langkah menangani buli siber:

  • Jangan melawan. Jangan hiraukan si pembuli, atau tinggalkan saja bilik sembang tersebut.
  • Laporkan kepada pentadbir laman dengan menggunakan saluran pelaporan laman tersebut.
  • Minta bantuan dan nasihat daripada orang dewasa atau pihak berkuasa.
  • Beradab. Mengumpat atau 'mengutuk' orang lain meningkatkan risiko pembulian siber terhadap anda.
  • Simpan bukti. Buat tangkap layar (screenshot) mesej gangguan untuk dikemukakan kepada mereka yang boleh membantu atau pihak berkuasa.
  • Minta bantuan. Hubungi MCMC di aduanskmm.gov.my untuk melaporkan kes buli siber. Jika ia melibatkan ancaman fizikal, laporkan segera kepada pihak polis.
  • Jadilah penegak keadilan. Pertahankan mangsa buli dar terus dibuli dengan teruk atau laporkannya kepada orang dewasa yang dipercayai atau pihak berkuasa.

kredit : Klik Dengan Bijak

 

Cyber Security merupakan proses melindungi komputer, server, peranti mudah alih, sistem elektronik, rangkaian dan data daripada serangan digital yang kebiasaannya bertujuan untuk mengakses, menagubah atau memusnahkan maklumat sensitif, memeras wang dan menganggu perniagaan biasa.

Cyber Security telah digunakan dalam pelbagai konteks, dari perniagaan hingga pengkomputeran dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori umum:

  1. Keselamatan rangkaian: Melindungi komputer daripada penceroboh, sama ada penyerang yang disasarkan atau malware oportunistik.

  2. Keselamatan aplikasi: Memastikan perisian dan peranti bebas daripada ancaman.

  3. Keselamatan maklumat: Melindungi integriti dan privasi data dalam storan dan transit.

  4. Keselamatan operasi: Proses dan keputusan untuk mengendalikan serta melindungi aset data. Merangkumi kebenaran yang dimiliki oleh pengguna untuk mengakses rangkaian serta prosedur yang menentukan bagaimana dan di mana data disimpan atau dikongsi.

  5. Pendidikan pengguna akhir: Menangani pembawaan virus yang tidak disengajakan dengan mengajar pengguna untuk memadam lampiran emel yang mencurigakan, tidak memasukkan pemacu USB sesuka hati dan sebagainya.

Memahami Peranan Cyber Security

Cyber Security berperanan dalam apa-apa sahaja perkara yang bergantung kepada internet untuk komunikasi, dihubungkan dengan komputer atau peranti pintar lain yang boleh terjejas akibat gangguan keselamatan, sebagai contoh:

  • Sistem komunikasi – email, telefon dan teks mesej

  • Sistem pengangkutan – kawalan trafik, enjin kereta, sistem navigasi pesawat

  • Pangkalan data kerajaan – nombor Keselamatan Sosial, lesen , rekod cukai

  • Sistem kewangan – akaun bank, pinjaman dan gaji

  • Sistem perubatan – peralatan dan rekod perubatan

  • Sistem pendidikan – gred, kad laporan dan maklumat penyelidikanCyber Security merupakan proses melindungi komputer, server, peranti mudah alih, sistem elektronik, rangkaian dan data daripada serangan digital yang kebiasaannya bertujuan untuk mengakses, mengubah atau memusnahkan maklumat sensitif, memeras wang dan menganggu perniagaan biasa.Cyber Security telah digunakan dalam pelbagai konteks, dari perniagaan hingga pengkomputeran dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori umum:

    1. Keselamatan rangkaian: Melindungi komputer daripada penceroboh, sama ada penyerang yang disasarkan atau malware oportunistik.

    2. Keselamatan aplikasi: Memastikan perisian dan peranti bebas daripada ancaman.

    3. Keselamatan maklumat: Melindungi integriti dan privasi data dalam storan dan transit.

    4. Keselamatan operasi: Proses dan keputusan untuk mengendalikan serta melindungi aset data. Merangkumi kebenaran yang dimiliki oleh pengguna untuk mengakses rangkaian serta prosedur yang menentukan bagaimana dan di mana data disimpan atau dikongsi.

    5. Pendidikan pengguna akhir: Menangani pembawaan virus yang tidak disengajakan dengan mengajar pengguna untuk memadam lampiran emel yang mencurigakan, tidak memasukkan pemacu USB sesuka hati dan sebagainya.

    Memahami Peranan Cyber Security

    Cyber Security berperanan dalam apa-apa sahaja perkara yang bergantung kepada internet untuk komunikasi, dihubungkan dengan komputer atau peranti pintar lain yang boleh terjejas akibat gangguan keselamatan, sebagai contoh:

    • Sistem komunikasi – email, telefon dan teks mesej

    • Sistem pengangkutan – kawalan trafik, enjin kereta, sistem navigasi pesawat

    • Pangkalan data kerajaan – nombor Keselamatan Sosial, lesen , rekod cukai

    • Sistem kewangan – akaun bank, pinjaman dan gaji

    • Sistem perubatan – peralatan dan rekod perubatan

    • Sistem pendidikan – gred, kad laporan dan maklumat penyelidikan