Semua Dijemput Hadir.

#tiadanyamuktiadadenggi

 

Komuniti Rantau Perintis 

Warga di sekitar Pi1M Rantau Perintis aktif dengan ceramah agama pada setiap Selasa pada jam 5:30 petang untuk muslimat dah pada jam 8:45 malam untuk muslimin. Sehingga ke hari ini ceramah yang dibawa oleh Tuan Ibrahim Tuan Man kekal untuk komuniti di Rantau Perintis.

Ceramah ini dijalankan di Surau Rantau Perintis berhadapan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Perintis.

 

 

 

Belia di sekitar bandar Jengka juga sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Belia. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk golongan belia adalah seperti futsal, bola sepak dan juga takraw. Dengan adanya aktiviti seperti ini, maka ianya dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak bermoral dan belia dapat manfaatkan masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

Dengan adanya Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Jengka yang di ketuai oleh En Nasarudin bin Nasir telah banyak berlaku perubahan pada belia-belia kawasan felda. Sehingga kini, banyak program yang telah dijalankan dalam semua aspek seperti aspek kerohanian, sukan, perlumbaan (sprint test, cup prix), kemasyarakatan dan banyak lagi.