SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi)

1. Apakah peranan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)?

● Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

o menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan

kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

o masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan

berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah

kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang

menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu

pengetahuan digital.

o meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah

meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan

dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

o membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan

teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan

perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

● Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan

pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui

kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

● Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi

supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh

memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan

mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

2. Berapakah jumlah PEDi yang ada di seluruh negara ketika ini?

● Sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai

Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap PEDi

dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital

serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang

diperlukan oleh komuniti setempat. PEDi juga mempunyai akses kepada

pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi

kerajaan lain dan swasta.

● 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022.

● Sementara sebanyak 173 PEDi akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan

Undangan Negeri (DUN) 1 PEDi. PEDi ini dijangka siap sepenuhnya dan

beroperasi pada penhujung Disember 2022.

● Ini menjadikan sebanyak 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara.

3. Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada PEDi?


● Menerusi transformasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) ini

terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi

merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:

a. Pertamanya, menaik taraf kepada PEDi yang akan meningkatkan aktiviti

Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,

b. Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat

setempat di setiap PEDi bagi menasihatkan, merancang pelbagai program

dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat

setempat;

c. Ketiganya, setiap PEDi akan mempunyai IKON Usahawan PEDi dari

kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu

dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan;

d. Keempatnya, 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik di 600 PEDi terpilih

bagi turut membantu memberi matlumat sokongan kewangan, melatih

dan membangunkan usahawan mikro PEDi; dan 

e. Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang

dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan

swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di

PEDi bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

4. Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di PEDi?

● Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:

o latihan ICT,

o latihan keusahawanan,

o latihan multimedia,

o e-pembelajaran,

o latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan

modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan

o program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah

meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.

● Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk

menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi

kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON

dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih

dari agensi serta swasta.

5. Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan PEDi dapat

dicapai dengan efektif?

● Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan PEDi sebagai

pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa

yang dikenali sebagai Panel Penasihat PEDi diwujudkan di semua PEDi di

seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat PEDi adalah untuk

menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan

(stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri

dalam aktiviti berkaitan PEDi serta menarik masyarakat setempat untuk

mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di PEDi tersebut.

● Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/PEDi

adalah membantu dalam memastikan PEDi mendapat sambutan komuniti

setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan

ekonomi berkaitan PEDi. Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi bagi mendapatkan

maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat

dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat

dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO,

kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan

aktiviti dan program di PEDi, serta membantu dalam penyaluran maklumat-

maklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan

yang ditawarkan di PEDi kepada kumpulan sasar dan masyarakat.

6. Apakah peranan Rakan Digital PEDi?

● Seramai 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik dan ditugaskan untuk

menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi

kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke PEDi tersebut yang

pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus.

● Rakan Digital PEDi akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi

penasihat kepada usahawan mikro serta akan membimbing mereka ke arah

ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk

mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika

diperlukan.

7. Apakah peranan Ikon Usahawan PEDi?

● Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon

Usahawan PEDi iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah

berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat

kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

● Sebagai contoh Puan Normala di PEDi Kg. Durian Tawara, Bera, Pahang yang

dikenali oleh masyarakat setempat. Ini secara langsung memberi akses untuk

usahawan lain berinteraksi untuk mendalami pendekatan yang boleh

memberi kejayaan kepada usaha mereka sendiri.

8. Apakah usaha yang akan diambil oleh PEDi untuk memperkasakan

usahawan luar bandar dan miskin bandar?

● PEDi akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan

Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta.

● Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan

kecil menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform e-

dagang, memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi

penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya.

● Program ini bermatlamat untuk mendorong 800,000 usahawan kecil beralih

kepada pendigitalan menjelang tahun 2025.

● Melalui program berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan pengeluaran

dan produktiviti yang akan menjana keuntungan, mengekalkan perniagaan

serta pekerjaan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada Keluarga

Malaysia.

9. Apakah usaha ini dipantau?

● Kesemua aktiviti akan dipantau impaknya. Impak adalah dari segi

peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang telah menjalani

bimbingan dan Latihan di PEDi.

● Adalah disasarkan agar purata peningkatan usahawan mikro adalah

sebanyak tidak kurang dari 30% berbanding dengan pendapatan sebelum

memasuki Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil.

● Melalui pemantauan yang rapi ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (MCMC) dapat bertindak tangkas bersama agensi kerajaan lain serta pihak swasta untuk memperkemaskan aktiviti agar lebih

mantap dan sesuai bagi usahawan mikro.

Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 22 Novermber 2021 dan tertakluk kepada

perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-

masing untuk mendapatkan maklumat terkini.

Disediakan oleh:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)