Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 65.

Dari Warga Pedi Rantau Perintis Bandar Jengka Pahang.

 

Gambar Rasmi Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Atau Kebangsaan Malaysia Tahun 2022 Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema hari Kebangsaan Malaysia. Mengambil Peluang Menghayati Makna Sebenar Kemerdekaan Selain Logo dan Tema, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Oleh itu, sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 bagi tahun 2022 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Logo dan tema hari kemerdekaan atau hari kebangsaan bagi tahun 2022 telah diperkenalkan dengan bertemakan ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’

Ⓒ Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/logo-tema-hari-kebangsaan/