Cyber Security merupakan proses melindungi komputer, server, peranti mudah alih, sistem elektronik, rangkaian dan data daripada serangan digital yang kebiasaannya bertujuan untuk mengakses, menagubah atau memusnahkan maklumat sensitif, memeras wang dan menganggu perniagaan biasa.

Cyber Security telah digunakan dalam pelbagai konteks, dari perniagaan hingga pengkomputeran dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori umum:

  1. Keselamatan rangkaian: Melindungi komputer daripada penceroboh, sama ada penyerang yang disasarkan atau malware oportunistik.

  2. Keselamatan aplikasi: Memastikan perisian dan peranti bebas daripada ancaman.

  3. Keselamatan maklumat: Melindungi integriti dan privasi data dalam storan dan transit.

  4. Keselamatan operasi: Proses dan keputusan untuk mengendalikan serta melindungi aset data. Merangkumi kebenaran yang dimiliki oleh pengguna untuk mengakses rangkaian serta prosedur yang menentukan bagaimana dan di mana data disimpan atau dikongsi.

  5. Pendidikan pengguna akhir: Menangani pembawaan virus yang tidak disengajakan dengan mengajar pengguna untuk memadam lampiran emel yang mencurigakan, tidak memasukkan pemacu USB sesuka hati dan sebagainya.

Memahami Peranan Cyber Security

Cyber Security berperanan dalam apa-apa sahaja perkara yang bergantung kepada internet untuk komunikasi, dihubungkan dengan komputer atau peranti pintar lain yang boleh terjejas akibat gangguan keselamatan, sebagai contoh:

  • Sistem komunikasi – email, telefon dan teks mesej

  • Sistem pengangkutan – kawalan trafik, enjin kereta, sistem navigasi pesawat

  • Pangkalan data kerajaan – nombor Keselamatan Sosial, lesen , rekod cukai

  • Sistem kewangan – akaun bank, pinjaman dan gaji

  • Sistem perubatan – peralatan dan rekod perubatan

  • Sistem pendidikan – gred, kad laporan dan maklumat penyelidikanCyber Security merupakan proses melindungi komputer, server, peranti mudah alih, sistem elektronik, rangkaian dan data daripada serangan digital yang kebiasaannya bertujuan untuk mengakses, mengubah atau memusnahkan maklumat sensitif, memeras wang dan menganggu perniagaan biasa.Cyber Security telah digunakan dalam pelbagai konteks, dari perniagaan hingga pengkomputeran dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori umum:

    1. Keselamatan rangkaian: Melindungi komputer daripada penceroboh, sama ada penyerang yang disasarkan atau malware oportunistik.

    2. Keselamatan aplikasi: Memastikan perisian dan peranti bebas daripada ancaman.

    3. Keselamatan maklumat: Melindungi integriti dan privasi data dalam storan dan transit.

    4. Keselamatan operasi: Proses dan keputusan untuk mengendalikan serta melindungi aset data. Merangkumi kebenaran yang dimiliki oleh pengguna untuk mengakses rangkaian serta prosedur yang menentukan bagaimana dan di mana data disimpan atau dikongsi.

    5. Pendidikan pengguna akhir: Menangani pembawaan virus yang tidak disengajakan dengan mengajar pengguna untuk memadam lampiran emel yang mencurigakan, tidak memasukkan pemacu USB sesuka hati dan sebagainya.

    Memahami Peranan Cyber Security

    Cyber Security berperanan dalam apa-apa sahaja perkara yang bergantung kepada internet untuk komunikasi, dihubungkan dengan komputer atau peranti pintar lain yang boleh terjejas akibat gangguan keselamatan, sebagai contoh:

    • Sistem komunikasi – email, telefon dan teks mesej

    • Sistem pengangkutan – kawalan trafik, enjin kereta, sistem navigasi pesawat

    • Pangkalan data kerajaan – nombor Keselamatan Sosial, lesen , rekod cukai

    • Sistem kewangan – akaun bank, pinjaman dan gaji

    • Sistem perubatan – peralatan dan rekod perubatan

    • Sistem pendidikan – gred, kad laporan dan maklumat penyelidikan