Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Rantau Perintis terletak di Jalan Bakti, Berhadapan Surau Rantau Perintis, Bandar Jengka, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang. Di sekitar Pi Rantau Perintis juga terdapat Sekolah Tadika dan Perpaduan, Sekolah tadika Pasti dan Sekolah Tahfiz. Kedudukan Pi yang strategik memudahkan komuniti mendapat kemudahan perkhidmatan seterusnya meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT komuniti di sini.

 

Objektif utama ialah memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet, meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak & pengimbas, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. Selain itu,  Pusat Internet juga menawarkan perkihdmatan dan latihan kepada pengguna dan penduduk sekitar  seperti program pembangunan modal insan & keusahawanan, kempen kesedaran ICT dan perkhidmatan eGoverment.

 

Penggunaan Pusat Internet adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dengan pendaftaran hanya RM5 seorang sekali seumur hidup. Ahli Pusat Internet juga layak mengikuti kelas ICT dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan secara percuma.

 

Hubungi 

Pengurus / Penolong Pengurus
Alamat:
Pusat Internet Rantau Perinitis
Bangunan KRT 1.
Bandar Jengka 26400 Maran Pahang
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
9:00pg - 6:00ptg 
Telefon:
Zurieda bt Ahmad
0179094504 - Pengurus PEDi
Mudah alih:
Mohd Faizudin Fitri bin Talib
0133157890 - Penolong Pengurus PEDi
http://rantauperintis.pi1m.my
http://rantauperintis.pjk.com.my/index.php/hubungi