MYDIN telah diasaskan pada Ogos 1957 oleh Pengasas Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan.
Beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai papan kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota BharuKelantan
Dengan menjual barangan mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri. Dengan bantuan anak-anak beliau, perniagaannya mula
berkembang ke Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan kemudian membuka cawangan mereka di Lembah Klang di Jalan Masjid India pada tahun 1989.

Sejak itu MYDIN telah berkembang dengan maju dan berjaya. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang memberi perkhidmatan yang
kompetitif dan Halal di Malaysia, ia kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Pada Julai 2013, MYDIN menceburi peruncitan premium dengan pembukaan outlet SAM'S Groceria yang membawa makna Saya Anak Malaysia di Pulau Pinang.

Menjelang Disember 2023, MYDIN kini mempunyai 68 cawangan di seluruh negara.

Kini Penduduk Sekitar Jengka boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Mydin Jengka.

Mydin Jengka

Jalan Ketengah,26400 Bandar Pusat Jengka,
Pahang, Malaysia