Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

       Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDi sebagai titik permulaan bagi memperkenalkan rangkaian internet seperti kerajaan eletronik (e-government), rangkaian sekolah-sekolah (schoolnet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) kepada komuniti luar bandar. Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan masyarat Malaysia yang celik IT menjelang tahun 2020. 

       Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan info tempatan dimana isi kandungannya yang menjurus kepada maklumat PEDi. Matlamat-matlamat ini merangkumi tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Di masa akan datang, kementerian berhasrat menjadikan PI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti e-kerajaan (e-government), e-pembelajaran (e-learning), pengumpulan dan pertukaran maklumat, pusat komunikasi, pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perisian dan peperiksaan dan persijilan.