Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-3) sehingga 12 Mei 2020, maka Pusat Internet (PI) dan WIFI Komuniti (WK) akan ditutup sepanjang tempoh PKP-4 bagi memastikan kawalan pergerakan di seluruh negara diperketatkan. Keputusan untuk menutup PI dan WK adalah sejajar dengan PKP ini yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
 
*Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar syarikat telekomunakasi akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, untuk  digunakan di antara jam 8 pagi dan 6 petang, bermula  1 April 2020, dan akan berkuatkuasa sepanjang tempoh PKP. Justeru, diharap komuniti setempat akan menggunakan internet percuma ini dengan sebaik mungkin.*
 
Sila juga pastikan langkah-langkah pencegahan sentiasa dipraktikkan sama ada di dalam atau di luar rumah.
Sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
#staysafe
#stayhome
#kitaJagaKita