Apa itu eRezeki?

eRezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Dengan eRezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

Tiada temuduga dan yuran!

Siapa yang layak?

 

Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

Program eRezeki ini membolehkan anda untuk mempelajari kemahiran baru dan menjana pendapatan tambahan dengan melaksanakan kerja-kerja yang menarik untuk syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan. Terdapat permintaan tinggi dan banyak peluang untuk warga kerja digital kerana syarikat-syarikat kini mengalami tekanan yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih cepat, memberikan maklumat yang tepat dan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan lebih daya saing.

Sebagai ‘pekerja digital’ anda boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki, melakukan pilihan kerja yang anda minat (contoh seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, menulis cebisan-cebisan kandungan dan sebagainya), mengamalkan sesuatu pekerjaan tersebut dalam suasana sebagai latihan tanpa sebarang tekanan, mengambil ujian mudah demi melayakkan diri anda untuk tugasan tersebut dan seterusnya melaksanakan pekerjaan tersebut untuk pelanggan sebenar, yang berada dimana-mana sahaja didunia, dan menerima bayaran untuknya!

Bagi membolehkan anda untuk merebut peluang keemasan ini, Pusat-pusat eRezeki sedang ditubuhkan dilokasi-lokasi strategik diseluruh negara.

Ini adalah untuk membantu Rakyat, khususnya mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan untuk mendekati kemudahan-kemudahan dan infrastruktur IT dalam usaha untuk menyertai program ini. Di Pusat-pusat eRezeki tersebut, anda akan berpeluang untuk mendekati dan juga menerima dan menjalani latihan secara “one-to-one” dan “class-room” dalam kumpulan untuk pelbagai tugasan tertentu yang ditawarkan dalam Portal Kerja Digital eRezeki. Pusat-pusat eRezeki ini akan memberikan anda akses kepada sebuah terminal komputer dan kemudahan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, bagi membolehkan anda melaksanakan kerja atau tugasan anda.

Pusat-pusat eRezeki ini amat membantu jika anda tidak mempunyai peralatan komputer anda sendiri dan juga kemudahan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

 

 

Bagaimana ia berungsi?

erezeki.jpg

 

Sila Datang ke Pusat Internet yang terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendapat latihan Percuma!!!