TARIKH : 22 NOV 2018
MASA : 8.30 AM – 11.30 PM
TEMPAT : PI Jengka 1 (KERJASAMA BERSAMA PIM JENGKA 1, 9, 16 RANTAU PERINTIS DAN LEPAR UTARA)
AKTIVITI: KLIK DENGAN BIJAK
Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak, laman web Sebenarnya.My, Mobile E- Waste dan yang berkaitan. Memberikan pemeriksaan percuma kepada guru dan staff yang hadir yang hadir. Pendedahan ringkas tentang aplikasi Dashboard Komuniti juga diberikan.
- 1. Taklimat KDB, pengenalan PI dan juga Dashboard Komuniti
- 2. Pemeriksaan Kesihatan
- 3. Taklimat Sebenarnya.My
- 4. Taklimat Mobile Ewaste
- 5. Kuiz Kahoot dan Puzzle
KELAS FOTOGRAFER PRODUK DAN MY SHOP
TARIKH : 29 JUN 2018
MASA : 9 AM – 12.30 PM
TEMPAT : PI RANTAU PERINTIS
AKTIVITI: KELAS KE-4 PELAJAR GIAT MARA PEREMPUAN BULAN JUN
Program ini lebih berbentuk kelas regular ataupun mingguan pelajar giat mara. Terdapat 6 kelas kesemuanya.
- Kelas seperti biasa mengikut modul yang disediakan oleh petugas, miggu ini kelas fotografer produk dan juga dashboard my shop.
- Pelajar diajar menggunakan application online untuk edit gambar dan perlu update dalam status dashboard komuniti dan juga my shop
Pelajar sedang focus mempelajari bagaimana untuk menangkap gambar dengan cara yang betul.
Laporan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 2018
Program di Jengka 15
TARIKH : 13 Mei 2018
MASA : 8 AM – 2.00 PM
TEMPAT : PI Jengka 15 & Dewan serbaguna Jengka 15
AKTIVITI: Program Komuniti Hari Bersama
Diantara aktiviti yang dijalankan :
BENGKEL KEUSAHAWANAN – MY SHOP
LET’S FIT_MY HEALTH
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) / SEBENARNYA.MY/ BULI SIBER / OVER SHARING
TREASURE HUNT DASHBOARD KOMUNITI / KLIK DENGAN BIJAK / SEBENARNYA.MY / BULI SIBER / MOBILE E-WASTE
MUAT TURUN APLIKASI DASHBOARD KOMUNITI (PI1M) V3
Aktiviti berkumpulan yang melibatkan empat checkpoint yang perlu diselesaikan oleh para peserta. terdiri daripada checpoint:
1: kuiz online dashboard komuniti, checkpoint
2: kahoot.it kdb / sebenarnya.my / buli siber & mobile e-waste, checkpoint
3: lengkapkan slogan hari terbuka pi1m (portal my komuniti) dan checkpoint
4: muat turun aplikasi dashboard komuniti – (setiap kumpulan perlu mencari lima orang pengunjung dan meminta pengunjung tersebut memuat turun aplikasi dashboard di telefon bimbit mereka).
http://rantauperintis.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=55#sigFreeId943c0cfa5b
INTEGRATED PERSONAL ASSISTANT SYSTEM (I PASS) TRAINING TAKLIMAT KDB SERTA APLIKASI DASHBOARD
TARIKH : 3 September 2018
MASA : 9 AM – 12.00 PM
TEMPAT : PI Rantau Perintis
AKTIVITI: Program iPass dan KDB
Program adalah berkenaan penggunaan INTEGRATED PERSONAL ASSISTANT SYSTEM (I PASS) .
Kakitangan felda di Pejabat Wilayah FELDA Trading dan FELDA Palm Industried Bandar Pusat Jengka memohon untuk petugas PI Rantau Perintis mengadakan program latihan bagaimana untuk separuh daripada kakitangan mereka menggunakan system i-pass .
Pengurus PI mengajar kakitangan FELDA yang terlibat menggunakan system tersebut dan menjawab sebanyak 400 soalan yang terdapat di dalam system tersebut. Semua soalan adalah mudah dan mereka dapat menjawab dalam masa 2 jam sahaja.
Daripada program latihan ini mereka dapat dan mahir menggunakan system i-pass dan juga semakin mahir menggunakan aplikasi computer.
Dalam masa yang sama taklimat Klik Dengan Bijak juga diberikan dalam program latihan tersebut, ramai dalam kalangan peserta adalah ibu bapa dan mereka mendapat input positif daripada taklimat yang diberikan, dan merka akan aplikasikan dalam kehidupan harian merka.
Peserta adalah merupakan ahli lama semenjak 2009 pada tahun pembukaan PI, jadi Pengurus mengambil inisitif untuk mempromosikan sistem dashboard.Mereka diajar bagaimana update status di my komuniti.
TARIKH : 28 JULAI 2018
MASA : 9 AM – 5.00 PM
TEMPAT : PI RANTAU PERINTIS
AKTIVITI : KURSUS PENAMPILAN DIRI, PENJAGAAN WAJAH DAN PARENTING CONTROL
Program ini lebih berbentuk fokus kepada peningkatan diri wanita dalam meningkatkan penampilan diri, penjagaan wajah dan juga bagaimana untuk menjadi ibu serta wanita yang boleh menjaga keluarga dengan selamat.
Dapat meningkatkan konfiden pada diri wanita, mereka mengetahui kelemahan diri mereka dan dapat membetulkan keadaan tersebut dan dibimbing oleh penceramah.
Dalam slot penjagaan wajah, wanita yang terlibat dapat mengetahui permasalahan wajah mereka dan dapat menggunakan produk skin care yang sesuai dengan mereka.
Manakala dalam slot terakhir iaitu parenting control, dapat memberikan wanita ilmu mengenai penjagaan keluarga terutamanya anak-anak dalam menggunakan teknologi digital zaman sekarang.