Pengenalan kepada STEM STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim kepada Science (Sains), Technology (Teknologi), Engineering (Kejuruteraan) dan Mathematics (Matematik). STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM.
STEM Sebagai Bidang Pembelajaran STEM merupakan satu bidang pembelajaran di sekolah dan bidang pengajian di peringkat tertiari. Contoh bidang mata pelajaran STEM adalah seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer. Contoh kursus STEM di peringkat tertiari pula adalah seperti Kejuruteraan Mekanikal, Perubatan, Bio-kimia serta Pengkomputeran & Sistem Maklumat. Di samping itu, Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) yang juga adalah komponen STEM akan mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam sektor perindustrian seperti minyak dan gas, kejuruteraan penerbangan dan perkapalan serta teknologi hijau.
STEM Sebagai Pakej Mata Pelajaran Dalam sistem persekolahan, murid menengah atas diberi peluang untuk memilih aliran mengikut kecenderungan. Aliran yang ditawarkan ialah sastera, agama dan STEM. STEM Sebagai Pendekatan p&p STEM merupakan satu pendekatan p&p yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar seperti dalam rajah di bawah. Pendekatan ini menggalakkan murid bertanya dan meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar ke arah membudayakan amalan STEM.(kredit://www.youtube.com/@cikgumarylyn"> )