Isu atau masalah kesihatan mental serta tekanan emosi antara isu kesihatan awam yang menjadi semakin penting terutamanya
selepas pandemik COVID-19. Hal ini dibuktikan apabila masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan
statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) iaitu
inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat
lima (5) kali ganda bagi tahun 2022 berbanding tahun 2020 (Sumber: Berita Harian, Oktober 10, 2022).
Berikut dikongsikan tips penjagaan kesihatan mental yang boleh diamalkan:
-
1: Makan makanan berkhasiat
-
2: Urus masa dengan baik
-
3: Kongsi perasaan dengan orang yang dipercayai
-
4: Lakukan aktiviti yang anda suka atau minat dan bermanfaat
-
5: Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan
-
6: Lakukan aktiviti fizikal atau senaman, berjalan dan beriadah
-
7: Elak pengambilan rokok, dadah dan alkohol
kredit : KKM