MCMC melalui Sektor Pembangunan Industri Bahagian Komuniti dan Keterangkuman Digital telah menganjurkan
taklimat permulaan untuk Program Negeri Sembilan Cashless Society Scaling Up 2024 dengan kerjasama semua
rakan strategiknya pada 14 Mei 2024.
Berikutan kejayaan Program Cashless Society Melaka MCMC pada tahun 2023 dan program Cashless Society
Johor pada suku pertama 2024, program ini akan diteruskan ke Negeri Sembilan pada suku kedua 2024.
Kempen kesedaran dan promosi Cashless Society Negeri Sembilan akan bermula pada akhir Mei di lebih 11 NADI
di penempatan FELDA dan dua NADI di luar penempatan FELDA di Negeri Sembilan.
Ini akan diikuti dengan Perintis Cashless, Pelancaran Bulan Cashless dan kemuncaknya Karnival Cashless Society.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Cashless Society MCMC di pautan :